Sunday, November 1, 2009

SelAMAT MenJawaB eXam Kwn2 ku..

ome > Good-Bye / Good Luck > Good-Bye / Good Luck

Get macromedia Flash Player

Sent on 11/01/2009 by puteramas_112@yahoo.com to npcp7_achik@yahoo.com
title: Good Luck Energy

  • Get Flash
  • See a puzzle piece? Blank image? No animation? Get help.

http://www.egreetings.com/ecards/view.pd?i=432058532&m=2445&rr=y&source=eg999

Sunday, September 20, 2009

PuAsA eNaM

________________________________________________________________________

Puasa Enam (Puasa Syawal)

-Disertakan/Termasuk beberapa Puasa Sunat Yang Lain -


Disunnahkan oleh syara mengiringi puasa di bulan Ramadan dengan berpuasa enam hari di dalam bulan Syawal. Setelah berpuasa enam, maka tidak ada acara menyambut Hari Raya yang dikhususkan untuk merayakan puasa enam seperti apa yang dinamakan “Hari Raya Ketupat Besar” sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian masyarakat Melayu.

Dalil-dalil yang menunjukkan sunnahnya puasa enam hari di bulan Syawal:


عَنْ اَبِيْ اَيُّوْبَ اْلاَنْصَارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتَّا مِنْ شَوَّالِ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ.

“Dari Abi Ayub al-Ansari radiallahu ‘anhu: Bahawa Rasulullah bersabda: Barangsiapa berpuasa ramadan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti puasa setahun”. (H/R Muslim (1164). Ibn Majah (1612/1716). Imam Ahmad dalam musnadnya (2/204-5/417/419). Abu Daud (2433). Tirmizi (759). Nasaii dalam As-Sunan al-Kubra (2/2862). At-Thayalisi dalam Al-Musnad (hlm. 81). Abdurrazzak dalam Al-Musannaf (7918, 7919, 7921). Ibnu Syaibah dalam Al-Musannaf (3/97). At-Tahawi dalam Musykil al-Atsar (2238, 2340,2341,2345). Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra (4/292), H/R Ahmad 417. Muslim 822 (Kitabus Siam) no. 1164. Abu Daud. 2/812-813. (Kitabus Siam). No 2433. At-Turmizi . (Bab As-Siam) no 756 Turmizi berkata: Hadis hasan sahih. Ibnu Majah 3/206-207 (Kitabus Siam) no 1716)


عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ اِبْرَاهِيْمَ : اَنَّ اُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ كَانَ يَصُوْمُ اَشْهُرَ الْحُرُمِ ، فَقَالَ لَهُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : صُمْ شَوَّالاً. فَتَرَكَ اَشْهُرَ الْحُرُمِ ثُمَّ لَمْ يَزَلْ يَصُوْمُ شَوَّالاًحَتَّى مَاتَ.

“Dari Muhammad bin Ibrahim bahawa Usamah bin Zaid berpuasa pada bulan-bulan mulia, lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda kepadanya: Puasalah pada bulan Syawal. Lalu dia meninggalkan puasa bulan-bulan mulia dan terus berpuasa dibulan Syawal hingga dia meninggal dunia”. (Lihat: Al-Jami As-Saghir 2/99 hadis no 5037. Imam as-Syuti menyebutkan bahawa hadis ini sahih. H/R Ibnu Majah no. 1744)


مَنْ صَامَ رَمَضَانَ فَشَهْرٌ بِعَشَرَةِ أَشْهُرٍ وَصِيَامُ سِتَّةِ أَيَّامٍ بَعْدَ الْفِطْرِ فَذَلِكَ تَمَامُ السَنَةِ

“Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadan, maka puasa sebelum itu sama dengan sepuluh bulan dan dengan puasa enam hari setelah berbuaka (berhari raya), maka itu melangkapi puasa setahun”. ((H/R Ahmad 5/280). Ibnu Majah (1715). An-Nasaai dalam As-Sunan Al-Kubra (2/2860). Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra (4/393) dan dalam Asy- Syu’bah Al-Imam 3/3736). Al-Khatib dalam Tarikh Baghdad (2/362) Ad-Darimi dalam As-Sunan (2/21). Ibnu Khuzaimah dalam Sahihnya (2115). At-Tahawi dalam Musykil Al-Atsar (2348). At-Tabrani dalam Musnad Asy- Syamiyin (903))

Menurut Imam An-Nanawi rahimahullah: “Para ulama berkata: Bahawa puasa enam setara dengan puasa setahun, kerana satu kebaikan diberi ganjaran sepuluh kali ganda. Puasa sebulan Ramadan sama dengan puasa sepuluh bulan, puasa enam pula sama dengan berpuasa dua bulan”. (Lihat: Syarah Muslim 3/238)

Menurut Ibn Qudamah rahimahullah: “Puasa enam hari di bulan Syawal disunnahkan sebagaimana pendapat kebanyakan para ulama, iaitu berdasarkan riwayat dari Ka’ab al-Ahbar, Asy-Syafie dan Maimun bin Mihran serta inilah pendapat Imam Asy-Syafie rahimahullah dan Ahmad”. (Lihat: Al-Baihaqi dalam Ma’rifat As-Sunan Wal-Atsar (3/450). An-Nawawi dalam Syarah Muslim (3/238). Abdullah bin Ahmad dalam Masail Ahmad hlm 93. Syarah ‘Umdatul Ahkam (2/556)). (Lihat: Al-Mugni (4/438))

Apakah Dikerjakan Pada Minggu Pertama Syawal Atau Semestinya Berturut-turut?

Tidak disyaratkan dikerjakan pada minggu pertama Syawal, kedua atau ketiga atau secara beruturut. Boleh dikerjakan pada Hari Raya kedua, berturut-turut atau diselang seli kerana keumuman sabda Rasulullah:


وَأَتْبَعَهُ بِسِتٍّ مِنْ شَوَّالَ (وَفِى رِوَايَةٍ) سِتًّا مِنْ شَوَّالَ.

“Dan ikutkanlah/iringkanlah dengan puasa enam hari di bulan Syawal. (Diriwayat yang lain) Enam hari di bulan Syawal”.

Hadis di atas ini menunjukkan bahawa bulan Syawal keseluruhannya waktu untuk berpuasa enam, diberi kelongaran sehingga tidak dikhususkan sebahagian waktu dengan waktu yang lain, yang pesti ia dipisahkan oleh puasa Ramadan dengan Hari Raya pertama (1hb Syawal), kerana tidak dibolehkan berpuasa pada awal Hari Raya.

Ibn Taimiyah menjelaskan: Telah diketahui bahawa puasa Syawal tidak bersambung dengan puasa Ramadan, jika melakukannya di awal bulan lebih afdal kerana lebih hampir dengan Ramadan, maka melakukan di akhir bulan Syawal juga afdal kerana mengakhirinya menghampirkan puasa Ramadan dengan puasa lainnya, atau menjadikan Hari Raya kedua seperti yang dilakukan sebahagian orang, maka keduanya ada kebaikannya sama ada di awal atau di akhir Syawal.

Menurut Imam An-Nawawi rahimahullah: “Pendapat dari kalangan ulama Syafiyah puasa enam hari sunnah dilakukan secara berterusan/berurutan, kerana menurut Imam an-Nawawi: Para sahabat kami berkata: Disunnahkan puasa enam bulan Syawal berdasarkan hadis sahih. Mereka juga berkata: Disunahkan berpuasa berurutan (terus menerus enam hari tanpa diputuskan), tidak ditunda sehingga akhir bulan, namun sebaliknya juga dibolehkan, orang yang melakukan masih mengikut sunnah yang sesuai dengan keumuman makna hadis dan kemutlakannya. Dan ini tiada perbizaan dikalangan mazhab kami, sebagaimana juga pendapat Ahmad dan Abu Daud”. (Lihat: Al-Majmu’ (6/379))

Menurut Imam Ahmad, dijelaskan oleh anaknya Abdullah: “Nabi Muhammad bersabda: Enam hari dari bulan Syawal, maka apabila seseorang berpuasa enam hari tersebut, tidak perlu dikhuatari sama ada dilakukan berselang seli atau serentak (berurutan)”. (Lihat: Masail Abdullah hlm. 193)

Berpuasa enam Syawal sunnah hukumnya dan diberi pahala yang besar.

Puasa Sunnah Enam, Apakah Boleh Didahulukan Jika Ada Puasa Qada (Mengqada Puasa Ramadan)?

Syeikh Utaimin rahimahullah berkata: “Ini adalah suatu persoalan yang perlu dijelaskan, iaitu bahawa puasa enam (di bulan Syawal) tidak boleh didahulukan dari mengqada puasa fardu Ramadan yang tertinggal. Jika ada yang tertinggal puasa Ramadan, kemudian melakukan puasa enam sebagai sunnah mutlak, ia tidak memperolehi sebagaimana yang dijelaskan oleh Nabi di dalam hadisnya (Lihat: Syarah Al-Mumti’ (6/448)):


مَنْ تَطَوَّعَ وَعَلَيْهِ مِنْ رَمَضَانَ شَيْءٌ لَمْ يَقْضِهِ فَاِنَّهُ لاَ يُتَقَبَّلُ مِنْهُ حَتَّى يَصُوْمَهُ

“Barangsiapa yang mengerjakan puasa sunnah sedangkan ia mempunyai hutang (qada’) Ramadan yang belum ditunaikan, maka puasa sunnahnya tidak diterima sampai ia membayarnya (mengqada’nya). (Lihat: Al-Mugni. 4/401)


مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اتْبَعَهُ بِسِتٍّ مِنْ شَوَّالَ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ.

“Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadan, lalu ia mengiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka seakan-akan ia telah berpuasa setahun”.

Oleh kerana hadis ini menetapkan: (Barangsiapa yang berpuasa Ramadan) adalah jelas. Sebahagian ahli ilmu ada yang berbeza pendapat tentang sahnya melakukan puasa sunnah sebelum mangqada’ puasa wajib. Namun masalah ini tidak berlaku khasnya kepada perkara ini, kerana hadis ini menyatakan dengan jelas tidak ada puasa enam hari kecuali setelah mengqada’ puasa Ramadan”. (Lihat: Al-Mugni. 4/401)

Perbezaan Pendapat Tentang Puasa Enam Syawal

Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad tidak menganggap sunnah puasa enam hari di bulan Syawal. Namun ini diingkari (dibantah) oleh al-Hafiz Asy-Syaukani, beliau mengatakan:

“Mereka berhujjah bahawa mungkin (puasa enam hari Syawal) akan dianggap sebagai puasa yang wajib. Ini adalah pendapat yang batil yang tidak pantas dikeluarkan oleh orang yang memiliki akal fikiran, apalagi seorang ulama seperti mereka dalam menentang sunnah yang sahih dan jelas. Malah pendapat seperti ini akan berlaku pula pada semua puasa yang dianjurkan oleh agama dan tidak seorangpun yang mengatakan demikian. Sementara Imam Malik berhujjah dalam memakruhkannya sebagaimana yang beliau katakan di dalam Al-Muwata’: Bahawa beliau tidak pernah melihat seorangpun dari kalangan ulama yang mengerjakan puasa enam hari Syawal. Sedangkan perlu dijelaskan bahawa jika ia tidak melihat seseorang melakukan sesuatu sunnah, maka tidak bererti pendangannya boleh menolak sunnah”. (Lihat: Nailul Autar (4/282))

Pendapat Yang Rajih (Lebih Sahih Dan Kuat)

Namun pendapat yang lebih rajih ialah hadis Aisyah radiallahu ‘anha bahawa beliau mengqada’ puasanya di bulan Syaban dan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam membenarkannya:


ِكَانَ يَكُوْنُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ فَمَا أَسْتَطِيْعُ أَنْ أَقْضِيَهُ اِلاَّ فِى شَعْبَانَ

“Dahulu aku mempunyai hutang puasa Ramadan, maka aku tidak mampu mengqada’nya kecuali pada bulan Sya’ban”. (H/R Bukhari l950. Muslim 1146)

Maka dibolehkan berpuasa sunnah sebelum mengqada’ puasa wajib yang tertingggal. Kewajipan mengqada’ puasa tidak dibatasi oleh waktu-waktu tertentu. (Lihat: Bada’ As-Sanai’ 2/104. (rujuk pendapat al-kasani))

Menurut Imam An-Nawawi: Mazhab Maliki, Abu Hanifah, As-Syafie, Ahmad dan Jumhur Ulama Salaf dan Khalaf, bahawa mengqada’ puasa Ramadan bagi orang yang meninggalkannya kerana uzur seperti disebabkan haid atau dalam musafir, maka tidak disyaratkan mengqada’nya dengan segera setelah mampu melakukannya, (Lihat: Syarah Muslim. 3/213. An-Nawawi) kerana keumuman Firman Allah Azza wa-Jalla:


فَعِدَّةٌ مِنْ أيَّامٍ أُخَرُ يُرِيْدُ اللهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيْدُ بِكُمُ الْعُسْرَ

“berpuasalah dihari-hari yang lain, Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kesusasah bagi kamu”. (al-Baqarah 2: 185)

Menurut Imam Qurtubi rahimahullah: “Ayat ini menunjukkan wajibnya mengqada’ puasa tanpa ditentukan harinya, kerana lafaz ayat tersebut berlaku sepanjang masa tanpa ditentukan pada masa-masa tertantu”. (Lihat: al-Jami Li Ahkam Al-Quran 2/282. al-Qurtubi)

Syeikul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah setelah mengingkari pendapat Imam Ahmad rahimahullah yang memakruhkan puasa enam hari Syawal, maka Ibn Taimiyah berkata: “Apabila dilakukan di akhir Ramadan, maka antara keduanya telah terpisah oleh Hari Raya. Dan larangan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berkenaan puasa di Hari Raya menunjukkan bahawa larangan tersebut khusus jika dikerjakan pada hari itu sahaja, sedangkan di hari-hari setelahnya adalah hari yang dibolehkan dan diizinkan untuk berpuasa. Jelasnya jika baginda mahu melarang dari puasa enam hari Syawal, pasti baginda akan menegahnya sebagaimana baginda menegah berpuasa diawal bulan Ramadan (Lihat: Syarah Al-Umdah (2/559)):


لاَ تُقَدِّمُوْا رَمَضَانَ بِصَوْمٍ وَلاَ يَوْمَيْنِ.

Janganlah kamu mendahului puasa Ramadan dengan puasa sehari atau dua hari sebelumnya”. (Rujuk: Sahih Bukhari hadis no: 1914, Sahih Muslim, hadis no: 2514)

Berpuasa Pada Hari Tarwiyah?

Soalan:

Apa hukumnya berpuasa pada hari Tarwiyah sebagaimana yang sering diamalkan oleh ramai orang-orang Islam dewasa ini? Apakah hukumnya sunnah atau bid’ah?

Jawapan:

Puasa dihari tarwiyah hukumnya bid’ah dan haram kerana tiada hadis sahih yang warid dari Rasulullah yang memerintahkan berpuasa pada hari tersebut. Malah hadis tentang berpuasa pada hari Tarwiyah adalah hadis lemah atau palsu. Sebagaimana hadis di bawah ini:


صَوْمُ يَوْمِ التَّرْوِيَةِ كَفَّارَةُ سَنَةٍ ، وَصَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ كَفَّارَةُ سَنَتَيْنِ.

“Berpuasa pada hari Tarwiyah menghapuskan dosa satu tahun, dan berpuasa pada hari ‘Arafah menghapuskan dosa dua tahun”.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Dailami dalam kitabnya “Musnad Firdaus”. 2/248. Hadis ini maudu’ kerana sanadnya tidak tsiqah (berpenyakit). Antara penyebab kelemahannya ialah:

Perawinya Muhammad bin as-Saaib al-Kalbi, dia seorang pendusta hadis (kazzab). Kebohongannya diakui sendiri oleh beliau. Beliau meriwayatkan hadis di atas ini dari Abi Salih. Sedangkan beliau pernah berkata kepada Sufyan as-Tahuri rahimahullah tentang Abu Salih:

“Setiap hadis yang kamu dengar dari aku melalui jalan Abi Saleh dari Ibnu Abbas, maka hadis-hadis tersebut adalah bohong (dusta)”.

Al-Hafiz Imam Hakim rahimahullah berkata:

“Muhammad bin as-Saaib al-Kalbi meriwayatkan hadis ini dari Abi Saleh. Hadis-hadis darinya adalah maudu’ (hadis tentang puasa hari Tarwiyah ini diriwayatkan dari Abi Saleh. Pent)”.

Untuk mengenali lebih lanjut komentar siapa Muhammad bin As-Saaib bin al-Kalbi, sila rujuk kepada kitab-kitab berikut:

Al-Jarah wat-Ta’dil 7/721. Tulisan Ibnu Abi Hatim.

Tahzibut Tahzib 9/5178. Tulisan al-Hafiz Ibn Hajar.

At-Taqrib 2/163. Tulisan Ibn Hajar.

Ad-Du’afa 2/253-256. Tulisan Imam Ibnu Hibban.

Selain kitab-kitab di atas, terdapat beberapa buah kitab lain yang telah menjelaskan tentang lemah dan palsunya hadis “Puasa Pada Hari Tarwiyah”.

Berpuasa Sunnah Pada Hari ‘Arafah

Soalan: Apakah benar berpuasa pada Hari ‘Arafah itu sunnah, iaitu pada tanggal 9hb. Zulhijjah? Ada sebahagian ustaz sunnah mengatakan bid’ah. Diharap ustaz dapat menjawab dengan berdalil atau hujjah yang tepat agar menjadi panduan kami dan jamaah.

Jawapan: Berpuasa pada Hari ‘Arafah (Hari Arafah ialah pada 9hb Zulhijjah) dan Hari ‘Asyura hukumnya sunnah kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:


صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ ، اَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ اَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِيْ قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِيْ بَعْدَهُ ، وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ ، اَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ اَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِيْ قَبْلَهُ.

“Berpuasa pada hari ‘Arafah, aku mengharapkan dari Allah akan menghapuskan dosa selama satu tahun yang telah berlalu dan satu tahun yang akan datang. Berpuasa pada hari ‘Asyura aku mengharapkan dari Allah agar menghapuskan dosa satu tahun yang telah lalu”. Hadis ini sahih, diriwayatkan oleh beberapa orang perawi, antaranya dirawayatkan oleh Imam Muslim 3/168. Abu Daud no. 2425. Ahmad 5/297. 311. Dan Baihaqi 4/286.


عَنْ اَبِيْ قَتَادَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ ؟ قَالَ : يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَّةَ وَالْبَاقِيَّةَ

“Dari Qatadah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ditanya perihal berpuasa pada hari Arafah (tanggal 9hb Zulhijjah). Baginda bersabda: Puasa pada hari itu dapat menghapuskan dosa pada tahun yang lalu serta tahun yang akan datang”. Hadis sahih riwayat Imam Muslim. Pada bab 227. “Keutamaan Berpuasa Pada Hari Arafah, ‘Asyura dan Tasu’a”. Lihat: Riyadus Salihin. Jilid 2. Imam Nawawi.

Melalui hadis di atas ini jelaslah bahawa berpuasa pada hari Arafah adalah sunnah hukumnya.

Thursday, September 17, 2009

amalan sunnah ketika hari raya

Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T:

"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu." - Surah al-Maaidah: 3.

Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

• Bertakbir.

Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:

"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." – Surah al-Baqarah:185.

Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:

"Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini." – RujukKitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32

Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.

Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri.
Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.


• Meneruskan qiamullail.

Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.

• Mandi pada pagi hari raya.

Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:

"Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.

• Makan sebelum solat Aidilfitri.

Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:

"Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini." - Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272.

Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.

Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.

• Memakai pakaian yang indah.

Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:

"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian." – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.

Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:

"Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan." – Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.

Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina." - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.

Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.

• Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.

Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:

"Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.

Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.

. Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.

Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:

"Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.

Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:

"Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya." - Rujuk Zaadul Ma'ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49.

• Tempat perlaksanaan solat hari raya.

Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:

"Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:

"Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka." – Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394.

• Mengerjakan Solat Aidilfitri

Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.

Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata:

"Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:

"Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar." - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.

• Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri

Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:

"Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati." – Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.

Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:

"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.

• Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.

Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.

PENUTUP

Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan hari raya Aidilfitri menurut al-Quran dan sunnah yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya s.a.w.

BALIK HALAMAN KAMPUNG BERHARI RAYA

HYE KORG....

cane cuti blk raya ni. ok ke.... hmmmm.

ntah la.. makin meningkat usia.. makin jauh perjalanan... makin byk pengalaman,.. makin kurang suasana hari raya. ntah la .

klu dulu... happening sgt nk raya. x mcm skrg.. akak dh x beraya bersama tahun ni.. die br je berumah tangga bulan Mei lalu. of coz la die ikut laki die blk kg sn.. hmmm. perangai die pun .... dh x mcm dulu... ye lah ... dh jadi bini org.. sket2 laki die. aku dh bt x heran dh. .. kecik hati dh... hmmm.. xpe lah die x blk pun. sekarang ni.. kt umah mak ayah dh .. aku je yg tua.. adik dua org tu.. hmm. mcm biasa la... aku kena meriahkan raya ni.. huhu. korg mcm mana...

aku br smp dr melaka semalam. berpisah skjp dgn ehem2... hehehe. x dpt beraya bersama. tp insyallah.. di izinkn tuhan... nk raya bersama dan smp bila2.. hehe. jgn marah ye... rindu.. tetap rindu.. rindu pada suasana raya.. rindu pada kg yang meriah. rindu pd akak... rindu pada ehem2.. hmmm. family pak chak pun x blk. xtahu la anak2 die blk x. hope izam blk la.. best sket die ade.. boleh hang out sm2/.. huhu. korg mcm mana. ada idea x cane nk meriahkan raya,,,, hmmm... diri ini cuba nk meriahkan suasana.... xnk bosan je. xnk sedih je... kn....hmmmm..... hope raya tahun ni beri makna yang manis dan mendalam...

Thursday, September 10, 2009

kEnAPA dIA yANG aKU saYaNG....

ari ni kwn ku dtg meluahkan apa yg berlaku pdnya .... aku pun, berlakon menjadi pendengar yang setia..

sahabatku menceritakan kejadian yang menimpanya pd ari ni...

seperti biasa, A pulang dari klas.. gf A pun msg .. bertanyakan sama ada A hendak mengikutnya pergi menemubual seseorang. A sudah lama kapel dgn B..

B kena buat assignment yang ditugaskan oleh pensyarah pada nya. tapi B x buat tugasan tu sorg2. B ade kump B sendiri. Kumpulan dari klas B jgk. selalunya,pukul 3 petang, B ada bersama A. x kisah la bt ape pun,kdg2 borak2.. kdg2 shopng.. ade sj la yang A dgn B blh plan utk mereka bersama. tp pd ptg td, B kena g temuramah seseorg . B pegi dgn kwn2 kump B. B kena temuramah somebody utk tugasan yg B kena siapkan. tp B xnk A sorg2.. sbb slalunya, B ada dgn A.

lalu, B pun msg kt A , ajak A ikut sama. A pun setuju. sbb A mmg suke ade dgn B. A sgt sygkn B. B msg kt A, B ckp nnt B amik A dkt umah A. dlm perjalanan pulang dari klas, A berfikir sambil menunggang motosikalnya... A terfikir, ptt ke A ikut B, B nak g bt tugasan.. bkn foya2.. B g dgn kwn2 B lak tu. ptt ke A ikut sama.

bila A smp umah, x lama lepas tu, B pun smp . B bwk kwn2 B. A masih belah bahagi nk ikut B ke x. tiba2, B ckp, muat x kwn2 B duk kt belakang.. A pun pelik. td B ckp g dua keta.. tiba2 satu keta je g. hmmmm. A pun bt keputusan xnk ggu B bt keja dgn kwn2. A pun gtau kt B , A x jd g. B mcm marah.. sbb B dtg jauh nk amik A.. tb2 x jd g plak. hmmm...

A pun msk dlm umah,. B pun g dgn kwn2 ... B marah, A tny B, samada B mmg nk A g atau just ajak je.. tanpa B sedari, bateri H/p B kong.. A x dpt kontact dgn B. A risau.. lama B pegi...

2 jam berlalu....

B masih x msg2 ... A risau. A sgt sygkan B... A gelisah. A cuba kontact kwn2 B yg ikut B g td... tapi gagal...A pun siap2... A nk g umah B.. kot2 B ade kt sn atau blh tny kwn B yang ade kt umah...

A sgt sygkn ... A xde sp lagi die syg... A xde sp lg die nk care..

A smp umah B. tanpa hampa.. xde org kt sn. A pun pulang ke rumah. odw nk balik. B pulang dgn kwn2... A tnjk muka mrh. sbb xdpt kontact B, B plak x gtau, x cuba nk gtau A , kemana B pegi.. ape keadaan B..
B kuar keta tanpa rasa bersalah. B x mntk maaf kt A pun./ A snyp je. tp A syukur, B selamat smp.
mlm tu, A dgn B bertengkar. B ego, B lgsg x rasa slh , sbb B msh marahkan A ,sbb A tb2 x jd ikut B. tp A nk B mntk maaf kt A, sbb B x gtau pape pun sepjg B g temuramah tu. kerisauan A pd B, mcm x diendahkan oleh B. A dgn B bertengkar. smp skrg, A dgn B dingin. A syg B. A risau klu jd pape kt B...B masih dgn keangkuhan dan keegoan B...

mcm tu lah kwn ku si A meluahkan ape yg dipendamkan. A menangis selepas bertengkar dgn B...tp A sedar, B mmg mcm tu... B tggi egonya... A diam je....

kwn ku mntk tlg dr ku. mntk pendapat. aku x mampu nk ckp ape.A tny, kenapa B yang A sayang, tp A x leh nk tolak perasaan sayang amat dalam pada B.... its complicated....

Sunday, August 30, 2009

MERDEKA ! MERDEKA !

"Dalam bulan Ramadan yang penuh berkat ini dan di ambang kemerdekaan marilah kita menanam semangat menyayangi dan menjaga dengan rapi kejayaan dan perpaduan yang telah kita kecapi selama ini"


WOW, 52 tahun sudah berlalu laungan MERDEKA oleh Tunku Abdul Rahman (Bapa Kemerdekaan Kita). Terasa separti baru kelmarin, kita manyambut 50 tahun hari Kemerdekaan. Tanpa disedari Negara telah mengacapi separuh abad Kemerdekaan ini. Terima kasih kita, kepada pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang Negara yang bergadai nyawa dan sanggup mati untuk memberi kita nikmat Kemerdekaan ini.

Biar saya kongsikan sedikit pengalaman menyambut Kemerdekaan dahulu dan sekarang. Dahulu seingat saya, apabila tiba saja bulan Merdeka kami adik-beradik tidak pernah terlepas dari mengibarkan bendera Negara kita di hadapan rumah kami. Dengan hanya mengibarkan bendera membuat kami amat gembira. Dan pada awal pagi 31 Ogos, kami akan bangun awal agar tidak terlepas menonton perarakan Kemerdekaan di TV1. Ianya amat seronok, kerana dapat melihat warna-warni perarakan itu. Kami menjadikan aktiviti mengibar bendera dan menonton perarakan Kemerdekaan di tv sebagai amalan tiap tahun. Bagi kami itulah cara kami merayakan hari Kemerdekaan. Sekarang, walaupaun kami telah dewasa, kami akan cuba untuk merayakanya seboleh yang mungkin.

Namun kini pada penglihatan saya, amatlah kurang diantara kita merayakan perayaan terbesar buat Negara kita. Mungkinkah kita ‘terlupa’akan PENGORBANAN pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang kita? Ianya amat menyedihkan sekiranya kita ‘terlupa’, untuk menghargai nikmat PENGORBANAN mereka. Ini kerana, sana sini kita menonton demonstrasi jalanan untuk memperlihatkan ketidakpauasanhati oleh pihak-pihak yang ‘terlupa’ akan PENGORBANAN pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang Kemerdekaan kita. Janganlah kita membuat sesuatu yang akan membinasakan Kemerdekaan ini. Ingatlah akan pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang kita, yang memberikan kita kehidupan yang aman seperti yang kita kecapi kini. Dan sedarlah, ada diantara pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang kita tidak sempat pun merasai erti keamanan yang mereka pejuangkan dulu.

Marilah kita tanamkan semangat menghargai Kemerdekaan dalam jiwa. Ianya belum terlambat untuk sama-sama menghargai PENGORBANAN mereka, dengan hanya memilihara nikmat Kemerdekan yang mereka berikan kepada kita. Jika kita agak ‘malas’ untuk mengibarkan bendera Merdeka, biar saya kongsikan sedikit cara saya menghargai Kemerdekaan kepada anda, ‘Pohonlah doa agar Negara terus mengecapi Kemerdekaan dan terus membangun dengan pesat’. Saya pasti dengan hanya berbuat demikian, anda sudah turut serta menghargai nikmat Kemerdekaan ini. Marilah kita semua, dengan tidak mengira warna kulit, kaum, agama, pangkat mahupun fahaman politik untuk sama-sama mengsyukuri nikmat Kemerdekaan ini. Baharui jiwa anda dengan laungkan MERDEKA! Kita sama-sama 1Malaysia merayakanya dengan apa cara sekalipun. SELAMAT MENYAMBUT 52 TAHUN MERDEKA MALAYSIA! PEACE.





"Biarlah kita mencari satu platform persamaan berasaskan nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Nilai ini boleh dikongsi bersama di setiap perayaan dan festival yang dirayakan sebagai usaha merobohkan tembok perkauman yang masih menghalang kewujudan konsep 1Malaysia yang ikhlas dan tulen,''

Wednesday, August 26, 2009

JOM KLIK TGK...


4 BEKM

ramadhan kali ini adalah yg terakhir untuk kita di UTeM tercinta.

jadi, y not, kita berbuke bersama2......
korg mcm mana?.
aku ada survey hotel terdekat. korg nk? atau korg ade idea lain..?
bagi la cdgn kt aku, insyAllah aku kita uruskan sm2..









------------------- pssss...pssss... pengumuman cuti raya....huhuhu--------------------






MOHOR-MOHOR MESYUARAT SENAT
TELAH MEMUTUSKAN BAHAWASANYA....


BERITA YANG KORG SUME TGGU2....

CUTI
HARI RAYA AIDILFITRI

PADA TAHUN INI BERMULA


JATUH PADA

16 SEPTEMBER 2009 ( RABU )

DAN

KULIAH AKAN DISAMBUNG SEMULA PADA

28 SEPTEMBER 2009 ( ISNIN )



SeLaMaT HaRi RaYa


Monday, August 24, 2009

JAmUAn beRbUKA pUaSa

JEMPUTAN KEPADA SEMUA PELAJAR LUAR KEDIAMAN

( UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA )


AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT....


antara menu makanan yang disediakan adalah

- NASI TOMATO
- AYAM MASAK MERAH

- ACAR
- BUAH-BUAHAN

-AIR.

- jamuan moreh selepas terawih turut disediakan


datanglah beramai2 memeriahkan majlis jamuan buke puase ini. bersama kita berkumpul mengeratkan ahli pelajar
luar kediaman UTeM. JEMPUT SUME KWN2.. ( sila bawa pakaian solat )







Saturday, July 11, 2009

mula-mula aku takut jgk nk join.. tp kwn baik aku ckp,... mmg betul.. join je..trus dpt cek..

skrg.. aku just dok depan tenet je. tiap2 mggu aku semak bonus yg masuk kt akaun aku.... rezeki dariNya...

I welcoming you to my BLog....012-5899492


Ke Arah Merealisasikan Hasrat & Impian Jutawan Yang Sebenar!
Ingin menjadi JUTAWAN CERAMIC menjelang tahun 2010?
txs7porlsvh4zedndxs.jpg
rgbqidg6nf6o8jy8os68.jpg

s8wvbg7l4kh7ko06i92.jpg
"Sebenarnya orang yang berkata negatif pada apa yang sedang kita lakukan, orang itu hanya menyangka sahaja dan orang itu sedang TABUR FITNAH sebab dia TAK TAHU APA YANG KITA BUAT."

qjc6kgzzx9j1ak0vse6.gif
4g6day2zyv6wjt9qy50.gif

099xyb45bmpvq6blyu8u.jpg






The Winner of Asia Pacific International Honesty Enterprise Keris Award 2008

The Winner of Asia Pacific Top CEO Awards 2008 by The Global Business Magazine



Ceramic Bisnes Club bagi kita 2 pilihan sama ada nak ambil produk sebagai koleksi ataupun untuk dijual kepada pelanggan ataupun jika anda tidak ingin membuat jualan produk atau mengambil produk tersebut, anda boleh menjualkan kembali produk yang dibeli tadi kepada CBC ( ceramic bisnes club ) dengan harga yang lebih tinggi (Sell Back Option) tetapi anda hendaklah bersetuju dengan syarat-syarat 'Sell Back Policy' yang telah ditetapkan oleh CBC:

  • CBC membeli semula produk ceramic tadi daripada anda pada harga yang telah CBC tetapkan; dan
  • CBC membuat pembayaran semula kepada anda secara Installment Payment melalui pemberian beberapa keping cek.


  • beli produk, rasa takleh jual, sell back balik, kita dapat cek, untung dah situ..

    PERHATIAN:
    Kelebihan Menyertai Booster Entrepreneur Bonus Plan!
    1aq2yvxmhv7toexdmlx.jpg






    xh2vknpb0qbv6h0ppem.gif
    r6mopn5mwg1umwlpajbi.gifDAFTAR SEGERA PERCUMAr6mopn5mwg1umwlpajbi.gif



    INILAH YANG TELAH SAYA DAPAT SETELAH
    HAMPIR 4 BULAN JOIN CERAMIC BOOSTER







    MINGGU PERTAMA BULAN JULAI 2009