Sunday, August 30, 2009

MERDEKA ! MERDEKA !

"Dalam bulan Ramadan yang penuh berkat ini dan di ambang kemerdekaan marilah kita menanam semangat menyayangi dan menjaga dengan rapi kejayaan dan perpaduan yang telah kita kecapi selama ini"


WOW, 52 tahun sudah berlalu laungan MERDEKA oleh Tunku Abdul Rahman (Bapa Kemerdekaan Kita). Terasa separti baru kelmarin, kita manyambut 50 tahun hari Kemerdekaan. Tanpa disedari Negara telah mengacapi separuh abad Kemerdekaan ini. Terima kasih kita, kepada pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang Negara yang bergadai nyawa dan sanggup mati untuk memberi kita nikmat Kemerdekaan ini.

Biar saya kongsikan sedikit pengalaman menyambut Kemerdekaan dahulu dan sekarang. Dahulu seingat saya, apabila tiba saja bulan Merdeka kami adik-beradik tidak pernah terlepas dari mengibarkan bendera Negara kita di hadapan rumah kami. Dengan hanya mengibarkan bendera membuat kami amat gembira. Dan pada awal pagi 31 Ogos, kami akan bangun awal agar tidak terlepas menonton perarakan Kemerdekaan di TV1. Ianya amat seronok, kerana dapat melihat warna-warni perarakan itu. Kami menjadikan aktiviti mengibar bendera dan menonton perarakan Kemerdekaan di tv sebagai amalan tiap tahun. Bagi kami itulah cara kami merayakan hari Kemerdekaan. Sekarang, walaupaun kami telah dewasa, kami akan cuba untuk merayakanya seboleh yang mungkin.

Namun kini pada penglihatan saya, amatlah kurang diantara kita merayakan perayaan terbesar buat Negara kita. Mungkinkah kita ‘terlupa’akan PENGORBANAN pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang kita? Ianya amat menyedihkan sekiranya kita ‘terlupa’, untuk menghargai nikmat PENGORBANAN mereka. Ini kerana, sana sini kita menonton demonstrasi jalanan untuk memperlihatkan ketidakpauasanhati oleh pihak-pihak yang ‘terlupa’ akan PENGORBANAN pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang Kemerdekaan kita. Janganlah kita membuat sesuatu yang akan membinasakan Kemerdekaan ini. Ingatlah akan pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang kita, yang memberikan kita kehidupan yang aman seperti yang kita kecapi kini. Dan sedarlah, ada diantara pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang kita tidak sempat pun merasai erti keamanan yang mereka pejuangkan dulu.

Marilah kita tanamkan semangat menghargai Kemerdekaan dalam jiwa. Ianya belum terlambat untuk sama-sama menghargai PENGORBANAN mereka, dengan hanya memilihara nikmat Kemerdekan yang mereka berikan kepada kita. Jika kita agak ‘malas’ untuk mengibarkan bendera Merdeka, biar saya kongsikan sedikit cara saya menghargai Kemerdekaan kepada anda, ‘Pohonlah doa agar Negara terus mengecapi Kemerdekaan dan terus membangun dengan pesat’. Saya pasti dengan hanya berbuat demikian, anda sudah turut serta menghargai nikmat Kemerdekaan ini. Marilah kita semua, dengan tidak mengira warna kulit, kaum, agama, pangkat mahupun fahaman politik untuk sama-sama mengsyukuri nikmat Kemerdekaan ini. Baharui jiwa anda dengan laungkan MERDEKA! Kita sama-sama 1Malaysia merayakanya dengan apa cara sekalipun. SELAMAT MENYAMBUT 52 TAHUN MERDEKA MALAYSIA! PEACE.





"Biarlah kita mencari satu platform persamaan berasaskan nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Nilai ini boleh dikongsi bersama di setiap perayaan dan festival yang dirayakan sebagai usaha merobohkan tembok perkauman yang masih menghalang kewujudan konsep 1Malaysia yang ikhlas dan tulen,''

Wednesday, August 26, 2009

JOM KLIK TGK...


4 BEKM

ramadhan kali ini adalah yg terakhir untuk kita di UTeM tercinta.

jadi, y not, kita berbuke bersama2......
korg mcm mana?.
aku ada survey hotel terdekat. korg nk? atau korg ade idea lain..?
bagi la cdgn kt aku, insyAllah aku kita uruskan sm2..









------------------- pssss...pssss... pengumuman cuti raya....huhuhu--------------------






MOHOR-MOHOR MESYUARAT SENAT
TELAH MEMUTUSKAN BAHAWASANYA....


BERITA YANG KORG SUME TGGU2....

CUTI
HARI RAYA AIDILFITRI

PADA TAHUN INI BERMULA


JATUH PADA

16 SEPTEMBER 2009 ( RABU )

DAN

KULIAH AKAN DISAMBUNG SEMULA PADA

28 SEPTEMBER 2009 ( ISNIN )



SeLaMaT HaRi RaYa


Monday, August 24, 2009

JAmUAn beRbUKA pUaSa

JEMPUTAN KEPADA SEMUA PELAJAR LUAR KEDIAMAN

( UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA )


AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT....


antara menu makanan yang disediakan adalah

- NASI TOMATO
- AYAM MASAK MERAH

- ACAR
- BUAH-BUAHAN

-AIR.

- jamuan moreh selepas terawih turut disediakan


datanglah beramai2 memeriahkan majlis jamuan buke puase ini. bersama kita berkumpul mengeratkan ahli pelajar
luar kediaman UTeM. JEMPUT SUME KWN2.. ( sila bawa pakaian solat )